Kelas Ms Word (Membuat Biodata)

19 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 18 Januari 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahhari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 6 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Word. Selain sesi pembelajaran tentang cara-cara menggunakan Ms Excel, peserta diminta menyediakan biodata masing-masing untuk sesi latihan dan pemahaman pembelajaran.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat mengenai pengetahuan asas setiap button yang terdapat pada program Ms Word. Kemudian,peserta diminta menyediakan biodata masing-masing. Pada akhir kelas peserta telah tahu menaip biodata sendiri menggunakan font yang sesuai, memilih saiz font, warna font yang pelbagai,membuat underline dan boldkan tajuk latihan. Untuk sesi tambahan pembelajaran,peserta diajar memasukkan shape untuk meletakkan gambar profile.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali